LIKE me ?? THANKZ ...

04 May 2012

perangaiku... rumah sewa ku...

sudah lama ta jenguk2 dalam blog aku sendiri... aku rase ni kalau labah2 buat sarang mau penuh blog aku ni dengan kaum2 dia aku ingat... huhu.. 1stly aku nak minx maaf bagi yang selalu masuk n tgk tade post dari aku n email pada aku.. kredit : zarul untuk email beliau... 

untuk alasan mmg panjang berjela aku boleh bagi. tapi cukuplah sekadar aku cakap aku masih lagi tidak berkesempatan untuk menaip apa2... 

"Ah, orang ni kalau alasan ni ade2 aje..."

ok, bagi mengelak adanya suara sumbang2 berikut, biarlah aku beritakan beberapa alasannya.
1. ada mood lagi lebih2 lagi dengan ketidakadanya ASUS kesayangan aku yang aku hanta untuk ditukar casing tapi hampir sebulan baru aku boleh nampak batang hidungnya. 
2. dengan anak saudara kesayangan aku masuk wad dan aku kena tolong angah untuk jaga anak dia.
3. sibuk dengan cerita yang sedang aku tulis. insyaAllah kalau di terima cerita itu akan di bukukan. bergantung pada nasib.

 *   *  *


cukuplah untuk intro.. klu nak di ceritakan lagi kenapa mmg aku rasa mau 3 - 4 ratus entri jgk... ok, itu tipu. baiklah, buat pengetahuan aku sekarang tgh cuti semester yang ke tiga. tak lama lagi aku akan menjadi warga part 4. sudah hampir 2 tahun aku belajar. kadang2 aku fikir selama aku berjauhan dari keluarga ni... apa yang aku dapat? adakah aku berjaya menjadi orang? adakah aku telah berubah makin matang? atau adakah aku masih lagi di takuk yang lama? itu bukan pada aku untuk menilai. apa yang aku tahu aku masih lagi aku. Siti Maryam binti Mahalil.

mungkin ada perubahan juga pada diri aku. tapi aku tidak sedar. tapi apa yang aku tahu, aku masih lagi sama. aku masih lagi suka menyendiri dari huha huha bersama orang lain.

*   *   *

semester 3.
aku pindah ke rumah sewa. selamat tinggal kolej2. aku tahu bukan ta boleh buat rayuan kolej. tapi aku lebih selesa duduk di rumah sewa bersama kawan2 lain. tapi jgn salah paham. bukan aku suka duduk di rumah sewa kerana di rumah sewa tidak peraturan yang perlu dipatuhi. seperti  boleh keluar lewat malam dan balik bila2 masa yang kita suka. aku bukanlah orang yang sebegitu. kawan2 serumah aku rasanya telah pun paham akan perangaiku yang tidak suka keluar rumah. aku lagi prefer duduk rumah daripada keluar berjalan2. orang boleh kata perangai aku ni macam katak bawah tempurung. tapi aku peduli apa. ini lah aku.

antara lain perangai aku yang mendatangkan hairan pada kawan2 serumah ku dulu (sekarang da paham la wokkk).

1. aku tidak menonton tv.
aku sebenarnya bosan menonton tv. melihat drama2 yang kesudahannya sudah dapat di jangka. inilah perangaiku. aku tidak suka melihat drama2 yang bagiku kesudahannya sangat mudah. kalau drama cinta, yang pastinya hero dan heroin akan dapat bersama. drama hantu hantu itu akan dihalau dengan jampi serapah satu dua baris. untuk drama bersiri pula. bila sudah happy2 pastinya akan ada udang di sebalik batulah. batu apilah. macam2 lagi.
ya, sememangnya itu adalah hidup. drama2 itu di ambil berdasarkan kehidupan juga. tapi bagi aku. asalkan aku tahu apa jalan ceritanya, sudah cukup. tidak perlu aku terperuk di hadapan tv sampai sanggup takk pergi kelas malam semata2 nak tgk ending vanilla coklat... tettt... sape yang terasa tu pandai2 la ye.


2. aku suka terperuk didalam bilik menghadap encik ASUS.
ha... aku mmg suka berkurung dalam bilik kalau tade kelas or time cuti. aku menaip cerita2 ku dan kadang2 menonton variety show korea atau spontan atau spontan 2 atau super spontan atau maharaja lawak atau maharaja lawak mega atau... ok, stop... ha, itulah dia. aku suka menonton benda yang boleh buat aku ketawa.
mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak percaya. aku adalah seorang yang sangat emotional. emosi aku mudah tersentuh. bila emosi ku terganggu, aku senang menangis. mungkin kerana itu aku suka berkurung didalam bilik. kadang2 bila ada yang selalu datang pada aku kerana melihat aku bersedih, aku rasa time itu juga air mata aku boleh jatuh. selalunya Ima @ Amismaz Ismaz yang selalu dapat detect aku ni sedih or tidak. kadang2 aku baru je terfikirkan dia. dia da msg aku da. tp bila time dia ada kredit la... klu ktorg kat umah sewa, aku perlukan orang utk bercakap... selalunya dia la jadi mangsa aku. :) tapi aku jarang ceritakan benda sebenar pada dia. aku takut aku akan membebankan dia. jadi aku tapis lagi. yang ni tinggal dulu. nanti aku buat post ttg kawan baik aku. huhu.

pernah sampai kawan serumah aku kak nurul tension tgk aku duk depan encik ASUS je... dia pun wat doa jahat...

"Ai ASUS...  ce kau rosak jap sekali... biar padan muka tuan kau ni..."

sungguh kejam doamu kak.... termakbul juga akhirnya doa kau... dia sudah terpisah denganku hampir sebulan kakk!!! oh tidak.....huhu. ceh ni semua drama je.



3. aku suka tidur atas lantai and peluk katil @ kaki atas katil.
katil rumah sewa aku, katil double decker. aku katil bawah. ima katil atas. tapi katil bawah panas tak kena kipas sangt. jadi aku suka tido lantai beralaskan toto or tidak beralaskan apa2 pun. aku pulak x boleh tidur meniarap, dada aku selalu sakit. ta boleh tidur terlentang. aku selalu mimpi buruk. aku ta tahu apa kena mengena tidur terlentang dengan mimpi buruk. tapi itu la dia. klu aku terlentang, aku mesti ta kan dapat tidur. tapi nak tidur mengiring lama2 jadi ta selesa. jadi aku suka tidur terlentang dengan kaki aku aku letakkan atas katil. jadi badan aku akn jadi tidak terlalu terlentang, tidak terlalu mengiring (ayat apa aku pakai ni? lantak ahh...) klu aku da puas tidur cam tu pulak aku akan mengiring menghadap bawah katil n tgn atas katil kaki sebelah atas katil. haha. peluk katil... hehehe. pelik2.


4. korang baru nampak aku tgk tidur dalam bilik. tapi tiba2 korang nampak aku tgh masak kat dapor... hahaha
ha ni pun satu cerita jgk. masa awal2 pindah rumah dulu.mmg dorang pelik tgk aku macam ni. tapi lama2 dorang da taw. mau tak nya hari2 aku macam tu. haha. aku kalau tidur, aku suka peluk @ letak kaki aku atas benda benda yang lagi tinggi dari aku. macam yang aku ceritakan kat atas. jadi kawan2 aku confem akan nampak aku ni tgh tido nyenyak gila. satu perangai aku. aku kalau lapar, aku akan terus bangun. tadenya bangun dengan gaya malas2 genyeh2 mata mengeliat sana sini. ha... itu bukan aku (klu tgh lapar la). klu aku terasa lapar je. mata aku mesti celik dengan sendirinya. aku akan terus bangun menghala bilik air. basuh muka gosok gg g dapur masak.haha. pernah kawan serumah aku ingat aku ni tgh mengigau.

"eh Rie, kau bukan tidur ke tadi? mengigau ke?" 

mengigau masak ea... haha. nasib aku tak ngigau. klu aku ngigau pisau entah terodok mana2 tah.
sekarang ni klu aku ta masak, ima akan masak dulu. pastu dia kejut aku makan. haittt... kamsahamnida....


5. bangun pagi
heh, aku adalah manusia yang susah nak bangun pagi. lagi2 klukelas kul 8 tu kan. kul 7 paling lambat klu nak bangun. tapi nasib aku ni jenis cepat siap. klu aku kuar dari bilik air tu. kau bagi aku masa 5 minit je. konfem aku boleh siap dengan tudung lengkap. haha. maklumla saya ni manusia yang paling malas na bermekap. bedak pun jarang aku tempek. huhu. (oh ya.. kami berempat (ima, mira roslin, nadzura dan aku sendiri) duduk di master room. jadi bilik air da ada dalam bilik.) biasanya yang akan bangun or mandi dulu adalah ima ataupun zura... aku pastinya orang ke tiga kadang2 klu aku lagi malas aku akan jadi orang terakhir. tapi tu kadang2 ar...
aku selalu pesan kat ima or zura... kejutkan aku dulu kalau korang bangun. hehheh.dulu dorang mandi dulu baru kejut aku. tapi memang lambat la aku bangun sebab aku akan bangun then sambung tidur balik sambil kepala atas katil (tidur bersila la maknenya.kan aku tidur kat lantai.huhu) ima mmg tau perangai aku ni... dari part 1 lagi aku pernah sebilik dengan dia.. jadi sekarang. klu dorang bangun, dorang akan kejut aku dulu. then aku tidur bersila dulu. then bila dorang abis mandi baru kejut aku lagi sekali. ha... kali tu senang je aku bangun. bangun dengan tanpa susah payah capai tuala dan masuk bilik air... tade berangan2 lagi dah....


6. tidur ke tak...
ok... mcm kat no 1 n 4... aku suka menghadap laptop, aku suka letak kaki atas katil. macam mana nak masukkan ek... herm.... ok, klu aku ta tak menaip lagi. aku suka tgk movie sambil baring. jadi aku selalu tolak laptop aku masuk bawah katil, aku baring mengiring. rapat ke katil. kadang2 kepala aku da bawah katil da... klu aku tidur macam tu badan aku pun separuh akan ada bawah katil. hehe. buat pengetahuan semua. maybe kawan2 serumah aku pun ta tahu klu tahu pun bukan semua. aku tidak suka dengan cahaya yang terang kerana terlalu silau buatku. brightness di hp dan laptopku juga aku akan buat yang paling rendah sekali kerana aku memang tidak dapat menahan cahaya yang terang. tapi sebab kan duduk di rumah sewa, semuanya berkongsi bersama2. takkanlah aku selamba je nak tutup lampu kan. jadi bila baring tu aku akan mengambil bantal dan menutup kepalaku dan posisiku statik. tidak bergerak. kawan2 serumahku pastinya akn berasa tertanya2. aku tidur atau sedang menonton movie. kadang2 aku suka berdrama. walau pun dengan keadaan tertutup begitu. walaupun aku memasang earphone, aku masih lagi dapat mendengar conversation kawan2ku. aku selalu dengar dorang cakap sesama sendiri,

"Rie tu tidur ke tak tu?"

"Entah..."

bagi yang ingin melihat aku tidur atau tidak, mereka akan menarik bantal yang aku buat untuk menutup muka untuk melihat adakah aku tidur. aku pula akan berpura2 sedang tidur.. jenis aku, bila orang kacau aku tengah tidur (betul2 ye.. bukan tidur pura2) mmg aku rasa macam nak mengamuk. orang yang pernah kena ialah, Ima lah... sejak part 1 lagi.. hehe..maaf ye... dengan acik(kakak aku) pun pernah kena juga. untuk menambah drama lagi, sesiapa yang menarik bantal aku itu, akan ku marah dengan sengaja menggunakan bahasa yang aku sendiri tidak paham. jadi mereka pasti ingat aku betul2 tidur. hehe...


bila dorang baca post ni... aku na minx maaf sangat2 n aku nak berterima kasih sebab amik berat tentang aku selama satu sem yang lepas. sem depan kita sambung lagi ye... peace no war... =)


inilah rumah sewa kami... yang duduk mencangkung tu lah ima... berdiri dari kiri... Mira roslin, aku, emel dan wani... belum berkesempatan lagi nak amik gambar bersama2 satu rumah...


yang ni tanpa 3 serangkai Mira, Emel n Wani... kebetulan dorang pergi Kuantan buat assignment... jadi dari kiri baju biru tu Nadzura, Fika, Mimiey, Asma (ta tgk kamera), Kak Nurul (bday girl), aku n Ima... masa birthday kak nurul... =O

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...